Friday, April 27, 2018

725#Love Note ~ [Food Review] Burger Nasi Lemak McDonald's



Dah berbulan-bulan tak jenguk blog sendiri. Banyak je benda Hana nak share tapi bila penyakit M datang memang tak boleh nak buat apalah. Hari ni rajin sikit so Hana nak share pasal burger baharu keluaran McDonald's ;)

Burger Nasi Lemak McD ni baru aje keluar semalam. Ramai juga netizens yang ragu-ragu nak cuba atau mengada nak kecam mana nasinya dalam burger ni. Kalau tambah nasi makin banyaklah kalorinya, nak ke?

I didn't think the sambal sauce and fried egg would taste weird in between the buns, kita kan ada kuih burger kampung atau burger Malaysia? Roti goreng inti sambal ikan bilis pun ada kan so what's the fuss? Apa kata kita cuba dulu dan rasa sendiri boleh enjoy tak ;)


Hana ambil a la carte, adik ambil yang satu set. Set untuk burger nasi lemak ni disertakan sekali dengan air 100Plus dan kentang goreng. Serius cakap sambal untuk burger ni memang sedap! At first I was kinda skeptical sebab biasanya fast food punya sambal tak sedap, pernah makan nasi lemak Wendy's. It was bland. Tapi McD bersungguh-sungguh promote katanya sambal burger ni tak akan mengecewakan peminat nasi lemak. As a fan myself I had given my sign of approval. Rasa pedas-pedas manis. The caramelised onions tasted good too ;) Selain sambal, Hana suka chicken patty tu. Sedap! Overall, the ingredients complemented well to each other. Cuma sayangnya tak ada ikan bilis dan kacang. It's not too bad though to be called as burger nasi lemak.


Buat peminat tegar nasi lemak, bolehlah cuba burger baharu McD ni. Insya-Allah tak akan menyesal unless you're really picky about your food. A la carte boleh didapati pada harga RM14.95 dan set RM16.95. It's quite pricy but I've already craving for the second one.

So, cepat-cepat dapatkan di McDonald's! ;)

Till then.
Wassalam.

Broaden News