Saturday, September 16, 2017

721#Love Note ~ Outing Dengan Sepupu


Sebelum solat Jumaat, my cousin kak Anah WhatsApp kata nak pergi AEON Kota Bharu sebab An ajak ke sana. An is her youngest sister, lagi muda juga daripada Hana. Sebab dah lama tak pergi sana, I asked abah to drive me and my siblings there. Masa Hana tengah praktikal kat KPJ dulu, boleh kata hampir tiap Jumaat juga Hana dan adik-adik ke sana, saja jalan jalan. Abah tinggal aje kitorang kat situ dan terus balik rumah, katanya tak larat nak jalan jauh dah tua tua ni. Okay fine.

Abah hantar ke sana dalam pukul 2:20. Hana dan dua adik, Neesa dan Haikal yang sampai sana dulu. We went to Delica, duduk kat situ lepas beli Auntie Anne's punya chocolate stick dan air. Kitorang tak nak makan berat lagi, lagi pun sementara tunggu Kak Anah dan An sampai aje.

Neesa senyum aje dapat Aunti Anne's 

Bila mereka sampai, kitorang ke AEON Wellness dulu sebab Kak Anah nak survey eye cream. I just bought Safi Rania Gold eye cream kat Guardian lepas kerja semalam, tetiba nampak harga kat AEON Wellness ni lagi murah, rasa nak teriak kat situ juga hahaha drama pula tetiba. Takpela, beza dalam RM2 aje pun (sedapkan hati).

Then we went upstairs sebab Hana nak ke Watsons. Haikal dah jalan seorang diri, maklumlah takkan nak ikut kami yang perempuan ni pula? Dahlah masing-masing nak beli skincare products (okey, kecuali Neesa kecik). Hana dan Neesa masuk Watsons, Kak Anah dan An pula ke The Face Shop.

Haikal jadi tukang ambil gambar aje :p

Nak dijadikan cerita, masa Hana tengah usha barang kat Watsons tu Neesa tunjuk selipar dia tercabut. Tak jadi nak usha lama-lama. After I paid for the items, terus pergi cari kedai kasut. Nasib baik ada dua kedai kasut dekat dengan Watsons tu. Masuk kedai pertama, ada banyak pilihan selipar tapi Neesa tak nak. Ajak dia masuk kedai kedua, dia berkenan dengan sandal warna pink dengan manik manik. Okeylah, ikut ajelah budak kecik ni nak apa. Terus pakai situ, selipar lama letak dalam kotak.



Then, we went to The Face Shop nak jumpa Kak Anah dan An balik. Mereka beli toner and cleanser. We went to Kaison first and I bought a tote bag. Lama juga jalan jalan dalam tu, maklumlah barang barang Kaison ni kebanyakannya comel. Siapalah yang tak tertarik?

Lepas tu, Kak Anah kata lapar. I suggested Oochid Bistro since I loved eating there. Memang dah selalu sangat makan kat situ. Me, Kak Anah and An ordered mee goreng mamak satu set sekali air, mushroom soup and dessert of the day. Neesa dan Haikal pula makan chicken chop dengan set yang sama.  


Sambil makan sambil borak padahal selalu jumpa. Since Hana kerja dekat dengan kedai emas Mak Su, memang selalu jumpa dengan Kak Anah sebab Kak Anah tolong Mak Su kat kedai sejak Ayah Suf sakit. Tiap-tiap hari tak jumpa memang tak sah. Tapi sebab ni first time kami outing sekali jadi terlebih excited pulak. Biasanya jumpa kat rumah Kak Anah aje.

Sedap!

Lepas makan, Hana bawa Kak Anah ke kiosk tudung sebab dia nak cari brooch panjang macam jarum tu tapi tak ada yang berkenan. Hana ajak ke Mr. DIY sebab biasanya ada jual pin kepala bulat tu kat atas. Malangnya tak ada. Tapi sempat lagi Hana beli mist spray bottle dan cotton buds. Beli spray bottle pun sebab Kak Anah nak share Dixy Face Mist dia tu sebab banyak sangat. 


We went our separate ways lepas singgah AEON Wellness sekali lagi. Kak Anah beli juga Safi Rania Gold eye cream tu. I went to buy abah's favourite nuts bun kat La Boheme sementara tunggu abah sampai. Tiba tiba aje abah call, mintak tolong Hana belikan baking paper yang habis. Nak baking lagi lah tu~


We arrived home around 6.30 PM. Lepas solat, Hana terus kemas barang. So, this outing costed me some money since I bought a bubble shawl, Fruit of the Earth Aloe Vera, Watsons Compressed DIY Facial Mask, Kaison tote bag, cotton buds and mist spray bottle (not in the picture). Tak campur lagi dengan RM30 beli sandal baru Neesa hahaha gelak ajelah memikirkan duit yang dah habis. Dahlah baru semalam Hana belikan Neesa dua baju baru. Tak apalah, bukan selalu (pujuk diri sendiri).

I enjoyed every moment I spent with them today.

Till then.
Wassalam.

2 comments:

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News