Tuesday, August 15, 2017

706#Love Note ~ [Review Buku] Mesej


Mesej bukanlah buku pertama Anna Lee yang Hana baca. I read her Aku, Dia & Pinky Promise as a start tapi tak sempat tulis review lagi. Dari awal baca Aku, Dia & Pinky Promise lagi I was hooked right from the start. Anna Lee is one of the author known for her good writing, brilliant plot twists and ideas that are not cliche. Jadi kepada sesiapa yang belum pernah baca buku beliau, Hana menyeru anda semua untuk memulakannya hahaha sorry ayat skema sikit.

So, I want to review this book yang buat Hana tak duduk diam habiskan buku tebal ni. Let's get started. 


Tajuk: Mesej
Penulis: Anna Lee
Penerbit: Prolog Media
Muka surat: 536

Hidup Aria huru-hara apabila rumah yang disewanya berhantu. Tetapi, benarkah rumah itu berhantu? Pertemuan Aria dan Jason sangat pelik. Tak tercapai dek akal manusia normal. Namun pertemuan itu telah membawa keduanya menjelajah dunia cinta yang luar biasa. Ada rahsia di sebalik MESEJ untuk anda bongkar. Berani?


Aria gadis urban kota metropolitan Kuala Lumpur yang terpaksa tinggalkan kondominium berlatarkan menara KLCC untuk berpindah ke sebuah apartment baharu. Itu pun sebab kawan-kawan serumah pakat pindah ke rumah lain. From the start, dia dah fikir dia dikacau hantu. Hantu Perancis pula tu! And then she meets Jason, well, not technically, dan mereka mula berkawan baik. Lepas tu muncul pula bos garang bernama Nik.

So, betul ke rumah tu berhantu? And siapa Jason dan Nik?

Mesej bertemakan time travel. Aria di Kuala Lumpur boleh berkenalan dengan Jason yang tinggal di Paris. Masa mereka turut berbeza. So macam mana boleh jadi? What's the connecting portal between them? And who is Nik?

Banyak perkara yang tak dijangka-jangka berlaku dalam Mesej. Bila Hana fikir mungkin macam ni apa yang jadi nanti, rupa-rupanya cik penulis pusing ke arah lain. Banyak plot twists yang langsung tak membosankan. Makin teruja nak baca adalah. Walaupun Mesej ni tebal, percayalah susah anda anda semua nak letak buku ni dan mulakan kerja lain.

What Jason has been going through made me feel sad. Tapi Dia tak akan uji kita tanpa kemampuannya. Jason's turning point is there tapi susahnya hati mahu beristiqamah dan fikir positif bila perkara yang tak dijangka berlaku.

Mesej is so far the best book from Anna Lee. Anna Lee dah keluarkan buku baharu berjudul Jika Aku. Itu kisah pasal mind reader pula. Buku tu masih selamat kat rak, entahlah bila sempat nak mula baca. Kalau korang minat The Lake House lakonan Keanu Reeves dan Sandra Bullock tu, silalah baca buku ni. Jangan risau, ini bukan karya ciplak. Both The Lake House and Mesej are different in terms of plots, cuma tema time travel aje sama. 

Jika anda berani, Mesej adalah untuk anda.

So, my rate is...    

Till then.
Wassalam.

3 comments:

  1. Memang best.. Akak tak pernah kecewa baca buku Anna Lee nie.. ada je kelainan yang ditonjolkan.. Memang buat koleksi buku beliau.. Tengah menanti ketibaan Jika Aku ini..

    ReplyDelete
  2. Haven't read any books from Anna Lee. Maybe someday, mcm best je!

    ReplyDelete
  3. Kalau lah diberi minat membaca macam kak hana. Hehe. malas betul nak membaca lately ni. Izz ada 2 novel tak habis baca. dah lama beli T_T

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)