Saturday, August 19, 2017

708#Love Note ~ Sejenak di Mr. Celup Tepung Station


Pagi Sabtu tadi Hana dan family ke Terengganu. My brother is currently studying at Unisza so we went to send him back there. Lepas breakfast, siap-siap semua, kitorang gerak dalam pukul 8:40 pagi. Alhamdulillah perjalanan smooth aje, cuaca pun baik dan tak terik sangat. Bila sampai kat jalan Pantai Penarik, abah ajak singgah makan. So kitorang pilih kedai yang pertama kitorang nampak, Mr. Celup Tepung Station.

It's a nice restaurant, really. With clean environment and located near the beach, it should be an attraction. Ada meja kat dalam kedai dan luar kedai. We chose to sit outside while being accompanied by the sound of leaves rustling and waves hit the shore. 

It's a breathtaking view. Rasa tenang aje :)


Tak cukup seorang, my younger sister. Excuse my abah's expression hahaha

Kitorang pakat order coconut shake kecuali abah tak boleh berpisah dengan kopi ais. Beli udang dan fishball celup tepung aje. We'd have our lunch at my cousin's place later so tak nak makan berat. Cuma bersantai santai kejap kat tepi pantai ni. Lagi pun dah lama tak pergi pantai lepak makan macam ni.  



Udang celup tepung tu tersangatlah sedap! RM10 for 15 medium size prawns. Cecah dengan sos istimewa dia pula tu, memang tak boleh kata apa dah nikmat dia hahaha. Sekejap aje habis. Rugi pula tak tambah lagi RM10. Insya-Allah lain kali. Abah said we could visit this place again whenever we'd go to pick or send my brother back to his campus.

Si bulus datang jadi tetamu. Licin dia makan udang tu :)

Lepas makan, kitorang terus gerak ke Kuala Terengganu. Lepas makan dan solat kat rumah my cousin, pergi hantar Imi ke hostel pula dan terus balik. Bila dah nak sampai area Penarik tu abah tanya nak singgah minum-minum ke. I declined the offer sebab baru aje makan tengah hari tadi. And then once we arrived at Selising, abah ajak singgah gerai-gerai kat tepi jalan tu. Beli pula pisang goreng, coconut shake dan satar. I was looking for otak-otak tapi tak ada rezeki nampaknya. Lain kalilah cari otak-otak lagi.

It's been a tiring day. Sampai rumah hampir pukul 6 petang. Jiran pula ajak makan kat rumah. They held solat hajat dan makan-makan after Zohor. Rezeki lagi dapat makanan free haha malam tu dah tak payah fikir nak makan apa dah.

Till then.
Wassalam.


Thursday, August 17, 2017

707#Love Note ~ Ran GIRL, Shinichi BOY: First Meeting


Rasanya hampir semua orang familiar dengan anime Detective Conan ni. Anime yang tak tau nak complete bila haha latest episode pun dah 870 and still counting. Zaman sekolah rendah lagi Hana tengok Detective Conan, stop tengok masa duduk kat asrama sebab tak sempat pun nak tengok even masa cuti.

Tahun lepas, awal 2016 tiba tiba I felt like rewatching DC. Hana tengok kat KissAnime, mula daripada episod 1. Rajin sangat ikut order guide sebab di antara anime ada OVA, anime special and movies. Bila ikut order guide ni rasa macam best sebab puas hati tak terlepas apa-apa even though I could just skip the fillers. Some DC movies are related to previous episodes walaupun content dalam OVA, anime special and movies aren't canon. I took almost five months tengok sampai Episode 792. Masa ni sebab dah tinggal sikit episod DC so I wanted to wait for a bit. Sekarang baru resume.

Today I wanna share about the first meeting of Ran and Shinichi. Mereka berdua tersangatlah comel! This happened way back when they were in a preschool. Shinichi baru pindah ke preschool yang sama dengan Ran. So this was the first time they met each other. 

Memories from Sakura Class: Episode 853 & 854

Their first meeting!

Little Sonoko ;)

So Shinichi suspected something about their teacher

Shinichi confronted Ran's bully haha

Comel hahaha


You were FOUR, Shinichi. And you read a book with difficult kanji? 

Oh yeah? So what is this? 




Eceh hahaha



Like seriously? You were four at that time and you already fell in love with Ran?

I just can't ignore their cute childhood. Young Schinichi was so cocky, I like him better as Conan sebab nak tak nak Shinichi kena berlagak comel masa dia jadi Conan kalau tak nak orang syak. Dah berapa kali hampir kantoi dengan Ran hahaha mahu kena karate nanti. 

Till then.
Wassalam.

Tuesday, August 15, 2017

706#Love Note ~ [Review Buku] Mesej


Mesej bukanlah buku pertama Anna Lee yang Hana baca. I read her Aku, Dia & Pinky Promise as a start tapi tak sempat tulis review lagi. Dari awal baca Aku, Dia & Pinky Promise lagi I was hooked right from the start. Anna Lee is one of the author known for her good writing, brilliant plot twists and ideas that are not cliche. Jadi kepada sesiapa yang belum pernah baca buku beliau, Hana menyeru anda semua untuk memulakannya hahaha sorry ayat skema sikit.

So, I want to review this book yang buat Hana tak duduk diam habiskan buku tebal ni. Let's get started. 


Tajuk: Mesej
Penulis: Anna Lee
Penerbit: Prolog Media
Muka surat: 536

Hidup Aria huru-hara apabila rumah yang disewanya berhantu. Tetapi, benarkah rumah itu berhantu? Pertemuan Aria dan Jason sangat pelik. Tak tercapai dek akal manusia normal. Namun pertemuan itu telah membawa keduanya menjelajah dunia cinta yang luar biasa. Ada rahsia di sebalik MESEJ untuk anda bongkar. Berani?


Aria gadis urban kota metropolitan Kuala Lumpur yang terpaksa tinggalkan kondominium berlatarkan menara KLCC untuk berpindah ke sebuah apartment baharu. Itu pun sebab kawan-kawan serumah pakat pindah ke rumah lain. From the start, dia dah fikir dia dikacau hantu. Hantu Perancis pula tu! And then she meets Jason, well, not technically, dan mereka mula berkawan baik. Lepas tu muncul pula bos garang bernama Nik.

So, betul ke rumah tu berhantu? And siapa Jason dan Nik?

Mesej bertemakan time travel. Aria di Kuala Lumpur boleh berkenalan dengan Jason yang tinggal di Paris. Masa mereka turut berbeza. So macam mana boleh jadi? What's the connecting portal between them? And who is Nik?

Banyak perkara yang tak dijangka-jangka berlaku dalam Mesej. Bila Hana fikir mungkin macam ni apa yang jadi nanti, rupa-rupanya cik penulis pusing ke arah lain. Banyak plot twists yang langsung tak membosankan. Makin teruja nak baca adalah. Walaupun Mesej ni tebal, percayalah susah anda anda semua nak letak buku ni dan mulakan kerja lain.

What Jason has been going through made me feel sad. Tapi Dia tak akan uji kita tanpa kemampuannya. Jason's turning point is there tapi susahnya hati mahu beristiqamah dan fikir positif bila perkara yang tak dijangka berlaku.

Mesej is so far the best book from Anna Lee. Anna Lee dah keluarkan buku baharu berjudul Jika Aku. Itu kisah pasal mind reader pula. Buku tu masih selamat kat rak, entahlah bila sempat nak mula baca. Kalau korang minat The Lake House lakonan Keanu Reeves dan Sandra Bullock tu, silalah baca buku ni. Jangan risau, ini bukan karya ciplak. Both The Lake House and Mesej are different in terms of plots, cuma tema time travel aje sama. 

Jika anda berani, Mesej adalah untuk anda.

So, my rate is...    

Till then.
Wassalam.

Sunday, August 13, 2017

705#Love Note ~ [Resipi] Cucur Manis Viral


Dua, tiga hari lepas, Hana cuba buat cucur manis viral. Terliur pula bila banyak kali nampak gambar cucur ni kat FB. Tapi hati berbelah bahagi jugak nak buat ke tak sebab ada jumpa gambar cucur ni yang tak jadi. So before I started making it, I read all the respectives comments kat mana-mana gambar cucur yang tak jadi. Lepas tu barulah berani sikit nak buat haha even though this recepi is simple tapi takut juga kalau tak menjadi. Kalau tak jadi, membazir pula. Tentu takde siapa nak habiskan.

Selama ni tak pernah pun buat cucur manis ni. Biasanya buat cucur kosong atau cucur ikan bilis. Rasanya sedap sama ada dimakan begitu saja atau dengan sambal. Bila dia jadi bulat bulat comel tu rasa sayang pula nak makan. Abah Hana ingatkan ni fish ball haha kawan pun tanya kat IG masa Hana posted the story. Chicken ball pun boleh jadi dengan rupa macam ni hahaha


Kredit: Permata Biru

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 sb gula pasir
  • 1/2 sk garam
  • 2 cawan air panas

Cara-cara:

1. Ayak tepung gandum. Campurkan dengan gula dan garam hingga sebati.
2. Masukkan air. Kacau. Biarkan doh sebati. Akan nampak melekit.
3. Lumur tangan dengan minyak nak elak doh melekit. Gentelkan doh hingga jadi bulat.
4. Goreng dalam minyak panas. Balik-balikkan setiap 7-10 saat.
5. Angkat bila nampak kuning keemasan.
6. Hidangkan begitu saja atau dengan sambal.


Bulatkan macam ni

Tips

1. Jangan terlebih gula. Nanti bila goreng doh akan mencair dan nampak caramelised.
2. I'm not sure about gula kasar. Hana blend dulu gula biar jadi serbuk untuk dia sebati dengan doh. 
3. Pastikan guna air yang betul-betul menggelegak. Contohnya air yang baru panas sepenuhnya from the heater.
4. Minyak kena betul-betul panas. Cuba masukkan satu atau dua cucur for testing purpose.


Resipi ni boleh ditambah dengan ikan bilis, kentang, cheese dll. Yang guna Milo pun ada. Dalam 50 biji cucur juga dapat daripada resipi ni. Harap percubaan korang berjaya ;) Sedap dimakan panas panas dan untuk minum petang.

Till then.
Wassalam.

Friday, August 11, 2017

704#Love Note ~ [Product Review] Purederm Argan Oil Makeup Remover Cleansing Towelettes



I mentioned in my previous post that I bought Purederm Argan Oil Makeup Remover Cleansing Towelettes. So I wanna share my review bila dah beberapa kali guna this makeup wipes.

This is one of makeup remover wipes in Purederm Lines. I explored the website dan jumpa banyak lagi jenis-jenis makeup remover wipes yang lain. But I'm not sure wether they are available in Malaysia or not. Kalau semua ada baru best sebab I am totally in love with this wipes!


Name: Purederm Argan Oil Makeup Remover Cleansing Towelettes
Type: Makeup remover wipes
Unit: 30 sheets
Price: RM9.90
Availability: Watsons

So this Made in Korea makeup wipes are formulated with argan oil, vitamin E, green tea and aloe vera to gently cleanse, tone and remove makeup. These extracts are known to bring benefits in skincare routine. The texture of the wipes are soft, tak terasa kasar setiap kali sapu pada muka. The smell isn't bad either. Tak terlalu kuat, it's just nice. So Purederm claims that this product can help removing eye liner, eye shadow, blusher and waterproof mascara without skin irritation. 


Macam wipes yang biasa, the pack is resealable. I've tried to remove my pressed powder and lipstick and it worked for me. Saiz agak besar dan tebal tapi Hana lagi suka bawa wipes ni ke mana-mana instead of increase the weight of my handbag with micellar water bottle. Before solat, I could just wipe my makeup. It leaves a gentle sensation on my skin and I love it. Bila rasa cuaca kat luar panas sangat, Hana akan guna wipes ni juga. It helps in moisturising my skin in the heat. Kulit rasa lembut dan segar. Wipes ni juga tak cepat kering.



The picture above shows different makeup wipes in Purederm line. Ada banyak lagi but I'll just show you these interesting guys. Ada tea tree, collagen, Q-10 dan witamin. I hope Watsons would bring them to Malaysia. It'd be great if I could try each one of them. 

So far, I love using this makeup wipes. Harga pun cukup murah. RM9.90 per pack and it has 30 sheets. Memang ambil masa nak habiskan lainlah kalau kerap sangat guna. I'd definitley repurchase because it has greater value than the money I'd pay for it. At first, I thought it'd cost me like RM15++ per pack.

Grab it at Watsons if you wanna try it ;)

Till then.
Wassalam. 

Thursday, August 10, 2017

703#Love Note ~ [Review Buku] Nadi


Dah lama tak review buku kat blog ni. Biasanya tulis review kat akaun Goodreads. Cepat dan mudah. But I want my blog to have book reviews too so hari ni nak share satu buku best daripada Prolog Media. I've read most of Prolog books tapi nak mula review buku ini dahulu ;)

Buku-buku terbitan Prolog Media memang best. Kalau nak cari yang rare, boleh cuba buku-buku mereka. Setakat ni Hana berpuas hati dengan yang Hana dah baca.



Tajuk: Nadi
Penulis: Pasha
Terbitan: Prolog Media
Muka surat: 288

Sinopsis:
~JIKA HARUS MEMILIH~
“Apa yang akan kau buat jika suatu hari ketika kau sedar dari tidur, segala yang normal selama ini bertukar menjadi sesuatu yang... luar biasa?”
Rutin hidup Jasmin tak ada bezanya dengan majoriti warga Kuala Lumpur yang lain. Bangun pagi-pergi kerja-balik kerja dan perkara yang sama diulang selagi Tuhan izinkan dia bernyawa. Namun, tanpa disangka perkenalan dia dengan seseorang telah mengubah rutinnya 180 darjah! Hidup yang selama ini biasa-biasa, tiba-tiba jadi luar biasa dan Jasmin suka!
Namun keseronokan itu tanpa sedar membawa dia ke dalam sebuah konflik yang melibatkan hidup dan matinya satu nyawa. Dan untuk kekal hidup, Jasmin harus memilih...
Nyawa dia... atau lelaki yang disayanginya
!


To be honest, Nadi adalah naskah yang ringan tetapi ada kelainan sendiri. Jasmin adalah seorang gadis yang bisu tetapi kekurangan diri tak menjadi penghalang dia untuk hidup dengan gembira. Adam pula seorang lelaki yang kasar pada luarannya tetapi baik hati. Both of them are involved in an incident dan koma. Tapi, sebaik sahaja sedar they realise that they are not where they thought they would be. Kenapa tiba-tiba KL yang sibuk hanya nampak beberapa orang sahaja? Ke mana orang lain pergi? Ada alien datang tiba-tiba ke?

It took me almost 10 hours to finish it. Perjalanan cerita smooth aje. Tak lambat sangat atau cepat sangat. Setiap tanda tanya dijawab dengan baik. Penulis pandai susun jalan cerita and I was not bored at all while reading Nadi.

Isu buku ni lebih menjurus kepada peluang kedua. Second chance in living and you either making it useful or not. And then weaknesses. It taught me that weaknesses can be used as our strength instead of letting them drag us down.

Good job Pasha. Menanti buku yang seterusnya. So my rate is...



Till then.
Wassalam.

Wednesday, August 9, 2017

702#Love Note ~ Merajakan Anak Lelaki




Terbaca tweet one of my acquaintances kat Twitter pasal beratnya tugas sebagai kakak sulung. I'm the eldest as well so I was intrigued. Rupanya pasal setiap kali dia balik ke rumah masa cuti semester, tugasnya dah macam jadi bibik kat rumah. She's the only girl dan adik-adik semua lelaki. I don't have anything to say about her doing houseworks, tapi yang kasihan bila adik-adik tak ada yang menolong. Hanya dia seorang yang membantu ibu buat kerja.

Perkara ni selalu jadi isu, tambah tambah musim raya lepas bab cuci pinggan. Rasanya raya tahun lepas pun timbul isu ni. Yang jadi isu bila anak-anak dan cucu-cucu perempuan bertungkus lumus kat dapur basuh pinggan dan kemas rumah sedangkan yang lelaki keluar melepak. Memang hanginlah jawabnya.

Ramai lagi keluarga Melayu yang merajakan anak lelaki dan menghambakan anak perempuan. Kalau perempuan tak reti masak atau buat kerja rumah mulalah dilabel anak dara pemalas. Tapi bila anak lelaki kerjanya hanya melepak kat luar atau main phone depan TV, tak ada teguran langsung.

I know that biasanya anak lelaki ditugaskan dengan tugas lebih berat macam baiki kepala paip, tukar tayar atau tukar mentol lampu but those aren't daily works. I feel sorry to my friends and anyone out there yang ada masalah ni. 


I'm the eldest child and a girl. But I won't let my brothers bermalas-malasan aje tanpa buat apa-apa. Masing-masing dah besar, dah remaja. Takkan basuh pinggan sendiri pun tak reti? I would assign them to fold the clothes, hang the laundry, sweep the floor and wash the dishes kalau mereka ada kat rumah. Alhamdulillah mereka tak melawan. Kalau lambat sikit pun, kerja tetap jalan.

My late mother was a housewife so memang kerja rumah banyak mama yang buat. Bab buang sampah, daun-daun kering kat halaman rumah pula biasanya abah yang settlekan. And bila mama kena strok kali pertama, abah ambil alih tugas laundry dll yang agak berat. I'm so glad sebab abah bukannya seorang bapa yang anggap tugas-tugas dalam rumah ni tugas kaum perempuan aje. And now, even though I'm still jobless dan duduk aje kat rumah, abah would still help around the house. Tapi taktaulah kot abah fikir takleh nak harap lagi ke anak dia ni haha :p Kalau Hana masak, biasanya abah yang basuhkan kuali semua tu. Yalah, kat rumah ni ada Hana, abah dan Neesa si bongsu aje. Yang lain-lain semua kat asrama. Thank you for the help, abah.

Tapi wujud juga abang dan adik lelaki yang dah puas disuruh tapi buat dek aje. Once, I read a confession about this issue. The confessor is the second child, a brother if I'm not mistaken. Dia cerita pasal ibu dan kakak dia yang penat dan stress sampai jatuh sakit sebab the men in the house langsung tak membantu. Semua kerja diuruskan oleh ibu dan si kakak. Mula-mula dia ego, fikir tak ada apa-apa pun and then when he heard his sister said 'The only time I'd be happy is when I'm away from home. Jauh daripada korang', he started to change. Alasannya? Dia tak nak hilang ibu dan kakak dia. Dia mula kerah adik-adik yang lain tolong buat kerja juga. Using his authority as a brother at its best. 


Apa salahnya kalau kita mengajar anak-anak atau adik-adik untuk buat kerja sama-sama? Bila yang perempuan memasak, yang lelaki tolong basuhkan periuk dan kuali. Bila yang lelaki sapu sampah, yang perempuan tolong sidaikan kain. Insya-Allah kalau dilatih dari kecil tak akan timbul isu macam ni. Biasanya anak yang diasuh untuk ringan tulang nilah anak-anak yang banyak membalas jasa ibu bapa mereka. Jangan sampai mereka dah berkeluarga pun ibu-bapa yang tanggung.

Till then.
Wassalam.


Monday, August 7, 2017

701#Love Note ~ July Watsons Haul


Is there anyone who notices my blog's new look? Eceh perasan haha actually I was kind of bored with the previous one. Kali ni nak buat lebih simple yet look a bit businesslike. I changed from Picture Window to Simple Template. Harap tak sakit mata memandang sebab latar putih. I love the combination of white-pink-black.

So during July I realised that I bought quite a lot of stuff from Watsons. Semuanya bukan beli sekaligus, adalah tiga kali masuk Watsons yang lain lain. I love Watsons since I trust drugstore more than kedai biasa, but I'm not used to buy more than two or three items within a month. I just started taking interest in skincare so taknak memandai aje pilih produk. Tapi memandangkan Watsons tengah buat sale, I was happy sebab dapat jimatkan duit dalam purse ;)



Garnier Micellar Cleansing Water (Pink)

This is my first time buying a makeup remover. Usually, I would just apply a lip balm kalau nak keluar tapi dengan cuaca yang makin panas ni, mulalah timbul kesedaran untuk apply at least pressed powder atau foundation. It works well I guess. But I'm not sure about eyeliner, mascara and such since I couldn't try on them. Tapi tengok ramai kawan kawan guna untuk remove their makeup so I guess this micellar water is really good ;) I bought the 125ml one for RM11.60.

Purederm Argan Oil Makeup Remover Cleansing Towelettes

For this one, I saw somebody tweeted about this and then I went to Watsons and bought it. Hana fikir lebih senang kalau guna wipes macam ni kalau nak keluar ke mana-mana. Kalau nak bawa botol Garnier Micellar Water tu, makin berat pula beg. I've tried removing my pressed powder and lipstick. Sama best dengan Garnier Micellar Water. Yang ni ada 30 wipes and it's just costed me RM9.90.

Maybelline Clearsmooth All in One Light (Natural)

Yang ni my second pressed powder. Sebelum ni beli yang Maybelline juga, bekas kecik comel warna pink tu. Tapi tak guna habis sebab dah lama tak guna and I'm afraid its shelf life was already expired. Hana nak beli BB cushion sebab nampak menarik. Tapi harga pun menarik juga so I'd just settle with this one. Bila dah kerja nanti baru boleh try foundation atau BB cushion tu. I bought it at RM16.90 (I can't remember the exact price).

Syahirah Korean Secrets White Glow Pembersih Muka

Hana baru share pasal krim malam rangkaian baharu Syahirah ni. So I bought the facial cleanser to match with it. My current facial cleanser pun dah nak habis. Krim malam Syahirah KS White Glow memang memuaskan. My skin is smoother and the tiny bumps under my lips are banished! Hahaha memang senang hati jadinya. I bought this one at RM10.00. Belum cuba lagi but I hope it works for me.

Watsons Body Scrub

Beli body scrub ni sebab memikirkan kulit yang dah lamaaaa tak exfoliate. I wanted to buy the one in Naturals by Watsons line tapi ternampak yang Watsons biasa ni. Lagi lagi tengah promosi Buy 1 Free 1 at RM16 (lupa harga sebenar). I chose the gel body scrub with strawberry and blueberry scented and the next was cream body scrub with oatmeal and cocoa butter scented. Baru cuba yang strawberry-blueberry one. It really exfoliates my skin and leaves sweet smell.


So that's my haul from Watsons. Setakat ni masih berpuas hati. Kalau rajin nanti Hana share one by one's review untuk mana yang nampak penting ;)

Till then.
Wassalam.


Sunday, August 6, 2017

700#Love Note ~ [Product Review] Krim Malam Syahirah Korean Secrets White Glow


Hana pernah cerita yang I wanna try using night cream masa review produk Pure Beauty ni. And I have bought one dan tersangat puas hati. So Hana nak share pasal krim malam untuk rangkaian produk penjagaan muka baharu keluaran Syahirah. I use Krim Malam Syahirah Korean Secrets White Glow. Dah nak masuk tiga minggu Hana guna krim malam ni. Bila dah rasa ada perubahan pada muka, barulah boleh nak share kat sini :)

Packaging yang serius comel :)

Alkisahnya Hana tengah scroll FB lepas tu ternampak iklan untuk produk baharu Syahirah ni. Menarik betul iklannya. Lepas tu baca komen kat bawah. And kebanyakan yang guna new products ni berpuas hati. Ramai yang guna rangkaian Hydra Soft instead of White Glow. Fungsi Hydra Soft ni buat buat muka flawless, mulus sekata. White Glow pula untuk mencerahkan. I bought this one to match my Pure Beauty White & Bright Cleasing Foam. Nanti nak try yang Hydra Soft pula.



Bekas pun cantik! Design yang memikat hati ;)

Lepas cuci muka sebelum tidur, Hana akan air dry kan muka sebab tak nak lap muka dengan tuala. Air dry lebih elok daripada lap kesan air dengan tuala sebab ada tuala yang agak kasar permukaannya. Tapi kalau dah mengantuk sangat memang guna tualalah jadinya haha. Selepas seminggu lebih guna, Hana perasan bintik bintik kecil pada bawah bibir hilang dan kulit jadi semakin lembut. Memang teruja sebab ni my first night cream. Bila nampak hasil yang positif, memang fikir tak nak tukar lain dah.



Hana beli krim malam ni kat Guardian, Watsons dan Giant pun ada produk ni. Sebab masa tu ada promotion kat Guardian, daripada harga asal RM24.50 Hana dapat beli dengan RM22.05. Harga asal dah murah, lepas sale lagi murah haha memang sesuai sangat dengan sesiapa yang nak berjimat. Hana tengok harga untuk produk lain macam toner, facial cleanser, day cream dll pun murah. Rasanya kalau beli satu set pun mungkin dalam RM60-RM70 kalau tanpa promotion.


Gambar kat atas ni full set for Syahirah Korean Secrets White Glow. Ada pembersih muka, pembersih muka anti jerawat, toner, krim siang, krim malam dan krim kecantikan. Hana baru beli facial cleanser memandangkan my Pure Beauty dah nak habis. Lepas guna beberapa minggu baru Hana akan share pasal facial cleanser tu juga. Hajatnya nak cuba toner dia sekali, tapi lain kali kot beli. Kalau korang berminat, bolehlah dapatkan produk Syahirah Korean Secrets ni ;)

Till then.
Wassalam.

Recent Posts