Monday, June 5, 2017

695#Love Note ~ Serikan Baju Dengan Manik



Alang alang dah mula cuti ni, I decided to make one of my blouses look new. Konon konon transformasi lah ni. Dah lama intai intai nak beli beads yang cantik menawan, tapi sekarang baru berkesempatan. Yalah, sebelum ni memang tak akan sempat bila nak buat leasure activity macam ni. Kononnyalah. Padahal pemalas.

I ordered some beads from LBRS. Memang selalu usha hasil kerja dan beads yang diorang jual sebab semuanya cantik dan murah. I WhatsApped the admin and alhamdulillah, cepat aje beliau balas. Beads ni baru sampai petang semalam. Lepas Asar terus buat sesi menjahit manik.

Jahit kat tepi baju, tapi buang balik. Nak jahit kat shawl pula :p

 Dekat sleeve baju

I bought six flowers (two different designs), six resin matte (batu kecik pink macam teardrop tu) and two iron-on roses lain warna (yang ni nak lekat kat tudung adik) for RM15.50 tak termasuk postage. Semua manik dia senang nak jahit. The flower ones pulak memang dah jadi satu macam tu. Tak payah susah-susah nak amik satu kelopak ni nak cantum dengan kelopak lain. Tak tahulah kedai lain jual macam mana, sebab pernah tengok housemate bought some beads untuk projek dia, semuanya kena jahit satu satu. Nampak leceh dan makan masa.




Kalau nak usha hasil projek LBRS, boleh terus ke lbrsmy. Selain jual beads, mereka ambil khidmat jahit manik secara pukal juga. Memang cantik tengok hasil yang mereka shared on their IG. Baju yang nampak lama boleh nampak baru dan makin cantik ;)




Kalau rasa nak tengok beads apa yang dijual, boleh ke lbrscatalog. Kat sini boleh tengok gambar dengan jelas siap dengan kod, saiz dan harga sekali. Resin matte yang kecik kecik tu boleh beli dalam kuantiti yang sikit. Tak perlu beli pukal sebab saiz macam tu. Harga pun tak sampai 50 sen satu.

Memang rasa nak beli lagi lepas ni because I love how beads could make a blouse/skirt look new and elegant. Tapi jangan letak banyak sangat pula. Nanti nampak semak.

Till then.
Wassalam.


3 comments:

  1. Wah kreatifnya pandai jahit benda2 kecik macam ni. Cantik :)

    ReplyDelete
  2. Kreatifnya.. Kalau rajin sikit.. Boleh buat pendapatan sampingan.. Orang macam akak nie tak berapa nak kreatif dan berseni menjahit.. Hehehe

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)