Monday, September 2, 2013

558#Ai no Kotoba ~ [Anime Review] Hakuouki : The Demon of Fleeting Blossoms

*scheduled post - ditaip pada 24/8/2013*

Hakuouki : The Demon of Fleeting Blossom ni ada banyak part; first season : Hakuouki Shinsengumi Kitan; second season : Hakuouki Hakketsuroku; prequel before first season : Hakuouki Reimeiroku; dan OVA : Hakuouki Sekkaroku. Tapi dalam review ni Hana overall-kan untuk first and second season aje :)


Hakuouki ni based on the games dengan nama yang sama. Selain tu, Hakuouki ni juga based on the real history of Shinsengumi and Shogunate era kat Jepun dulu cuma anime ni ada diselitkan dengan unsur fiksyen juga.

Yukimura Chizuru yang pada asalnya tinggal di Edo terpaksa merantau ke Kyoto semata-mata nak mencari bapanya, Yukimura Kodo yang dah lama menghilangkan diri. Asalnya bapa Chizuru pergi ke Kyoto atas urusan kerja tapi lepas lama bapanya tak hantar surat kepada Chizuru, Chizuru pergi juga ke Kyoto untuk mencari Kodo. 


Dengan menyamar sebagai seorang lelaki, Chizuru memulakan perjalanan dia. Malangnya di Kyoto pada suatu malam, dia dikejar oleh dua orang ahli Shinsengumi yang kelihatan seperti monster tapi dia sempat diselamatkan oleh ahli-ahli Shinsengumi yang lain. Pada mulanya Shinsengumi nak bunuh Chizuru sebab dia dah saksikan ahli-ahli Shinsengumi yang bertukar jadi Rasetsu (bentuk monster) tapi lepas mereka dapat tau Chizuru tengah cari Yukimura Kodo, mereka batalkan niat mereka. Rupa-rupanya Kodo terlibat dengan penyelidikan Ochimizu (The Water of Life) yang boleh tukarkan manusia kepada Rasetsu.

Bermulalah hidup Chizuru di Shinsengumi HQ. Mostly peristiwa yang berlaku dalam anime ni memang based on the real history macam yang Hana mentioned sebelum ni. Kejadian perang, serangan di Ikedaya dll tu memang ada dalam sejarah Jepun.


Watak-watak dalam Hakuouki seperti Hijikata Toshizou, Saito Hajime, Okita Souji dan semua ahli utama dalam Shinsengumi pun based on the real history. Cuma Chizuru, ayah dia, Kazama Chikage dan beberapa watak lain aje watak rekaan.


Kalau dalam first season mereka masih dalam uniform Shinsengumi mereka, dalam second season mereka mula pakai Western uniform. Anime ni lebih kepada genre action, samurai dan tragedi. Walaupun based on history, plot fiksyen dalam Hakuouki ni memuaskan hati. Fokus utama dalam Hakuouki ni pasal Ochimizu, Rasetsu dan rahsia Chizuru yang dia sendiri tak tau sehinggalah dalam satu episod.

Yang ni favourite Hana dalam Hakuouki x) Saito Hajime! 

For the first season ada 12 episod, second season 10 episod, prequel ada 12 episod dan OVA ada 6 episod. Setakat ni Hana belum tengok OVA lagi. 

Selamat menonton! :D

Till then.
Wassalam.

3 comments:

  1. Maaf lambat reply, blog hana takde cbox ke? tak jumpe XD

    Anyway, saya dh share link akak di my blog. Akak boleh check kat my tab "Si & Li" :)

    ReplyDelete
  2. minat sungguh hana dgn citer anime yer..huhu

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News