Wednesday, September 4, 2013

560#Ai no Kotoba ~ [Anime Review] Pandora Hearts

*scheduled post - ditaip pada 28/8/2013*

Hampir empat bulan dah rasanya Hana settled tengok Pandora Hearts ni, tapi sekarang baru rajin nak buat review :p Berjumlah 25 episod, Pandora Hearts ni more to historical, supernatural powers. Setting masa macam zaman Victoria kat England dulu. 


Oz Vessalius merupakan pewaris kepada Vessalius Duke House, salah sebuah daripada The Four Great Dukedoms. Seorang yang carefree dan baik dengan semua servants di rumahnya, terutamanya Gilbert. Memandangkan dia akan officially turn to 15, Oz akan menjalani sebuah coming of age ceremony. Pada hari tu juga, Oz menemui satu jam poket antik yang mengeluarkan muzik berdekatan satu kubur lama di tempat ceremony tu akan dijalankan.

Malangnya, sesuatu yang tak dijangka langsung berlaku. Ahli daripada Baskerville House datang buat kecoh di majlis tu dan tanpa disangka-sangka Oz ditarik masuk ke dalam Abyss, suatu ruang dimensi yang dipenuhi dengan Chains. Chains ni lebih kurang monsterlah. 

Di dalam Abyss, Oz bertemu dengan Alice yang merupakan the famous B-Rabbit (blood-stained rabbit). Nak tak nak, sebab Oz nak keluar daripada Abyss tu dia terpaksa sealed a contract with Alice. Oz berjaya keluar daripada Abyss, tapi dia terkejut dengan beberapa perkara yang terjadi selepas itu. Oz ditemui oleh Sharon Rainsworth, Xarxes Break (servant of Sharon) dan Raven Nightray. Oz sebenarnya sudah dianggap mati sejak coming of age ceremony tu jadi kepulangan dia terpaksa dirahsiakan. 


Sharon, Break dan Raven merupakan ahli Pandora, satu organisasi yang ditubuhkan oleh The Four Great Dukedoms untuk menyiasat hal yang berkait dengan Abyss. Break pula lepas tahu pasal kewujudan Alice dia cuba untuk membunuh Alice. Tapi Alice langsung tak tahu apa-apa pasal Abyss sebab amnesia. Alice percaya the pieces of her memories ada kat luar Abyss. Dan pasal music pocket watch yang Oz jumpa sebelum ni, Alice kata muzik tu seakan-akan nostalgic.

Apa yang mengejutkan Oz, rupa-rupanya dah 10 tahun berlalu sejak dia ditarik masuk ke dalam Abyss. Walaupun tubuh dia kekal seperti mana dia berusia 15 tahun dulu, tapi masa sepanjang dia berada di dalam Abyss tak dapat dikembalikan.

Sejak hari Oz kembali dari Abyss, Oz dikatakan menyimpan kunci mengenai misteri Tragedy of Sabrie, suatu tragedi yang melibatkan kota Sabrie ditarik masuk ke dalam Abyss. Hero for Tragedy of Sabrie pula merupakan moyang Oz, Jack Vessalius. Music pocket watch yang Oz jumpa sebelum ni dibuat oleh Jack dan musicnya pula di-compose oleh Glen Baskerville, yang dikatakan penyebab Tragedy of Sabrie. Tragedy of Sabrie masih lagi menyimpan banyak rahsia walaupun dah 100 tahun berlalu.

Jack Vessalius

Anime ni memang banyak misteri jadi memang takleh nak skip tengok mana-mana part kalau boleh. Dah banyak kali juga Hana ulang anime ni. Memang best (Y) Cuma harap-harap akan ada Season 2 pula sebab rasa tak complete. Manga Pandora Hearts pula dah ada banyak chapters.

Till then.
Wassalam.

Tuesday, September 3, 2013

559#Ai no Kotoba ~ [Anime Review] Ao no Exorcist OVA : Kuro no Iede

*scheduled post - ditaip pada 28/82013*


Kalau sebelum ni Hana reviewed pasal Ao no Exorcist the anime kan? Kali ni nak review pasal OVA for Ao no Exorcist. OVA stands for Original Video Animation yang produser takkan tayang kat TV. Macam tulah lebih kurang apa dia OVA ni.

Ao no Exorcist OVA : Kuro no Iede a.k.a. Ao no Exorcist OVA : Kuro's Trip Away From Home ni tak panjang mana pun. Dalam 20 minit lebih je. OVA ni ambil tempat lepas episod terakhir anime yang sama.


Kuro, Rin's summoning demon yang merupakan milik mendiang ayah angkat Rin dahulu, Father Shiro merajuk dengan Rin dalam OVA ni :p He he. Gara-gara Rin usik dia pasal makanan yang Rin sediakan for dinner. Gara-gara merajuk, Kuro larikan diri dari rumah dan cuba nak cari tuan lain.

Sedih je tengok masa Kuro lari ni :( Dahlah dia teringat dekat Father Shiro. Ending OVA ni tak boleh blah. Padan muka Rin kena hempap dengan Kuro's real form :p

OVA ni lagi best kalau tengok lepas habiskan Ao no Exorcist the anime. Takdelah keliru apa-apa :)

Till then.
Wassalam.

Monday, September 2, 2013

558#Ai no Kotoba ~ [Anime Review] Hakuouki : The Demon of Fleeting Blossoms

*scheduled post - ditaip pada 24/8/2013*

Hakuouki : The Demon of Fleeting Blossom ni ada banyak part; first season : Hakuouki Shinsengumi Kitan; second season : Hakuouki Hakketsuroku; prequel before first season : Hakuouki Reimeiroku; dan OVA : Hakuouki Sekkaroku. Tapi dalam review ni Hana overall-kan untuk first and second season aje :)


Hakuouki ni based on the games dengan nama yang sama. Selain tu, Hakuouki ni juga based on the real history of Shinsengumi and Shogunate era kat Jepun dulu cuma anime ni ada diselitkan dengan unsur fiksyen juga.

Yukimura Chizuru yang pada asalnya tinggal di Edo terpaksa merantau ke Kyoto semata-mata nak mencari bapanya, Yukimura Kodo yang dah lama menghilangkan diri. Asalnya bapa Chizuru pergi ke Kyoto atas urusan kerja tapi lepas lama bapanya tak hantar surat kepada Chizuru, Chizuru pergi juga ke Kyoto untuk mencari Kodo. 


Dengan menyamar sebagai seorang lelaki, Chizuru memulakan perjalanan dia. Malangnya di Kyoto pada suatu malam, dia dikejar oleh dua orang ahli Shinsengumi yang kelihatan seperti monster tapi dia sempat diselamatkan oleh ahli-ahli Shinsengumi yang lain. Pada mulanya Shinsengumi nak bunuh Chizuru sebab dia dah saksikan ahli-ahli Shinsengumi yang bertukar jadi Rasetsu (bentuk monster) tapi lepas mereka dapat tau Chizuru tengah cari Yukimura Kodo, mereka batalkan niat mereka. Rupa-rupanya Kodo terlibat dengan penyelidikan Ochimizu (The Water of Life) yang boleh tukarkan manusia kepada Rasetsu.

Bermulalah hidup Chizuru di Shinsengumi HQ. Mostly peristiwa yang berlaku dalam anime ni memang based on the real history macam yang Hana mentioned sebelum ni. Kejadian perang, serangan di Ikedaya dll tu memang ada dalam sejarah Jepun.


Watak-watak dalam Hakuouki seperti Hijikata Toshizou, Saito Hajime, Okita Souji dan semua ahli utama dalam Shinsengumi pun based on the real history. Cuma Chizuru, ayah dia, Kazama Chikage dan beberapa watak lain aje watak rekaan.


Kalau dalam first season mereka masih dalam uniform Shinsengumi mereka, dalam second season mereka mula pakai Western uniform. Anime ni lebih kepada genre action, samurai dan tragedi. Walaupun based on history, plot fiksyen dalam Hakuouki ni memuaskan hati. Fokus utama dalam Hakuouki ni pasal Ochimizu, Rasetsu dan rahsia Chizuru yang dia sendiri tak tau sehinggalah dalam satu episod.

Yang ni favourite Hana dalam Hakuouki x) Saito Hajime! 

For the first season ada 12 episod, second season 10 episod, prequel ada 12 episod dan OVA ada 6 episod. Setakat ni Hana belum tengok OVA lagi. 

Selamat menonton! :D

Till then.
Wassalam.

Sunday, September 1, 2013

557#Ai no Kotoba ~ Hari Penting!



Insya-Allah, hari ni Hana akan daftar sebagai salah seorang bachelor student di UniKL MESTECH :) Course pilihan Hana ialah Bachelor of Clinical Laboratory Science (Hons.), sama je dengan biomedik cuma admin kata nama Clinical Lab tu biasanya digunakan di US, UK pula biomedik. Ahhh... tak kiralah nama apa, yang penting dapat sambung belajar :) 

Doakan Hana tau! Semoga hari ni jadi langkah pertama untuk Hana berjaya. Insya-Allah :) 

Kepada kawan-kawan yang turut mendaftar di mana-mana universiti pada hari ini atau pun esok, Hana ucapkan selamat berjaya juga! Jangan sia-siakan peluang yang ada ni ;)

Till then.
Wassalam.

nota : Menanti hari terakhir orientasi walaupun tak start pun lagi (-__-)