Monday, October 22, 2012

334#Ai no Kotoba ~ Hana & Abah


Oh yeah! Abah main bowling :P

Situasi 1

Nampak abah pakai baju cantik-cantik keluar dari bilik.

Hana : Abah nak pergi mana? *soalan lazim*

Abah : Apa you susah? I nak pergi dating. Jangan sibuk.

Hana : Mana boleh! *muka tak puas hati*

Abah : Mama you tak marah pun. 

Hana : ......* (-__-) *

Situasi 2

Tengah makan kat dapur. Hana, abah, mama, Neesa si adik bongsu.

Hana : Awak ni kan Neesa, main aje kerjanya. Dahlah suka kacau kakak *sambil main dengan kaki dia bawah meja*

Neesa : Ei! Adiklah!

Abah : Neesa nak kena ada adiklah tu. Boleh teman dia *ketawa sambil tengok mama*

Mama : Adik dari yang muda.

Abah : Boleh. Ada je yang muda.

Hana : Mana boleh! Tak boleh, tak boleh! *bantah sekeras-keras :P*

Abah : Apa awak susah? Ada kena minta kebenaran anak ke kalau nak kahwin lain? Anak je yang kena ada kebenaran wali. Ke anak yang kena jadi wali abah?

Hana : Tak boleh! Tak kira, jangan nak mengada.

Abah : Mama awak tak kisah pun.

Hana : .... *abah aku ni, nak kena ni*

Situasi 3

Hana kat hostel, atau somewhere else. Tengah on the phone dengan mama sebelum abah datang. Then, borak-borak dengan abah. Masa nak tamatkan panggilan.

Hana : Okeylah. Kakak nak pergi sambung kerja.

Abah : Okey. I love you.

Hana : Yaaaaaa *mengelak dari sebut perkataan tu*

Abah : I love you.

Hana : Yaaa *mengelak lagi*

Abah : I love you.

Hana : I love you. Dah, dah! Abah ni *buat muka, malu dengan roomate*

Abah : Haha! Assalamualaikum.

Hana : Waalaikumussalam * cepat-cepat letak phone*


That's it. Situasi yang selalu berlaku kalau dengan abah. (-__-) Aish..
Apa-apa pun, sayang abah. He he :D


Sayangilah ibu bapa anda (^__^)v

nota : perangai Hana memang macam budak-budak kalau dengan abah. Abah kata separuh matang. He he.

Till then.
Wassalam.

6 comments:

  1. bestkan kalau dapat bergurau dengan ayah macam to , saya ta penah merase sebab ayah saya jauh :(

    ReplyDelete
  2. @Nur farahiza alhamdulillah :) jgn sedih2.. sentiasa doakan ayh awak kt mana pun dia berada ^^

    ReplyDelete
  3. @maitimie kadang2 tu sweet tak bertempat >__< hehe

    ReplyDelete
  4. Ohh so sweet.. Best nya kalau dpt macam tu jugak

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News