Sunday, May 26, 2013

473#Ai no Kotoba ~ [Anime Review] Death Note


Semalam review pasal novel, hari ni nak buat anime review yang sepatutnya dibuat dua bulan yang lalu :P Dah lama sangat simpan dalam otak, baru hari ni rajin nak buat review.


Death Note merupakan anime 37 episod. Yagami Light (atau Yagami Raito, RAITO sebutan untuk LIGHT in Japanese) seorang high school student yang berbakat, bijak serta kacak. Bapanya merupakan seorang ketua polis, Yagami Soichiro. Light cukup membenci apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kejahatan, evil doings, the crimes. Pada masa yang sama, dia tidak berpuas hati dengan sistem keadilan semasa. Baginya, the current justice system tidak benar-benar adil untuk membawa kejahatan ke muka pengadilan.

Light menemui sebuah buku nota misteri, Death Note. Death Note merupakan buku nota milik setiap Shinigami (The Grim Reaper). Sesiapa sahaja yang namanya tertulis dalam Death Note, tidak dapat lari daripada kematian. Masa kematian, insiden yang membawa kepada kematian juga dapat dimanipulasi dengan menggunakan Death Note. Syarat yang paling utama, semasa menulis nama seseorang itu wajahnya perlu jelas di minda untuk mengelakkan orang yang mempunyai nama yang sama turut mati.


Selain daripada Death Note, pemilik asal Death Note yang dijumpai Light pula menjadi teman baru Light. Shinigami pemilik asal Death Note itu bernama Ryuk. Kerana selepas terjatuh ke bumi dan diambil oleh Light, Light pula yang menjadi tuan baharu Death Note tersebut. Bermula hari itu Light mula menulis nama-nama penjenayah yang terlepas daripada hukuman atau masih belum ditahan pihak polis. Light hack masuk ke data polis menggunakan nama bapanya.

Light bersembunyi di sebalik identiti KIRA. Ada dua golongan yang muncul selepas KIRA membunuh ramai penjenayah; golongan yang menganggap KIRA itu pejuang keadilan dan golongan yang menganggap tindakan KIRA itu salah. Walaupun kadar jenayah berkurangan, tetapi cara KIRA membunuh membuatkan sesetengah orang menganggap KIRA sama sahaja dengan penjenayah.


Tidak lama kemudian, muncul L si detektif misteri. Antara Light dan L, Hana suka sangat L :P Ha ha! The number one world-rated detective! Bukan tu aje, perangai L pun pelik. He loves to bent his legs while sitting, memegang objek dengan gaya pelik dan obses sangat dengan makanan manis (kek, puding, coklat etc).

Selama L menyiasat sebelum ini, tiada seorang pun yang tahu identiti sebenar L kecuali Watari, pembantu L. Hanya melalui Watari sahaja L dapat dihubungi. Pada mulanya L menyiasat kes KIRA dengan cara yang biasa, menyembunyikan identitinya. Dan L berjaya mengesan kedudukan KIRA. Malangnya, kerana desakan pihak polis di Jepun, L terpaksa mendedahkan identiti sebenarnya. L suka menggunakan strategi secara drastik untuk mengelirukan musuhnya. Penampilan luarannya juga tidak menunjukkan sikap geniusnya.


Light berjaya masuk ke dalam kumpulan khas yang diketuai ayahnya untuk menyiasat KIRA. Malangnya Light tidak dapat membunuh L kerana dia tidak mengetahui nama sebenar L. Awal-awal lagi L sudah membuat andaian Light merupakan KIRA, malangnya dia masih tidak berupaya mencari bukti. Kes KIRA yang baru muncul namun method kali ini berlainan dengan gaya KIRA yang biasa. L mengandaikan kes yang berlaku itu merupakan perbuatan The Second KIRA. 

The Second KIRA merupakan Amane Misa, seorang model yang terkenal. Selepas Misa mengetahui Light merupakan KIRA yang sebenar, dia jatuh cinta dengan Light. Tetapi Light hanya menggunakan dia sahaja untuk menjayakan rancangannya. Misa memperoleh Death Note daripada shinigami bernama Rem. Tetapi Rem hanya menyampaikan sahaja Death Note tersebut. Pemilik Death Note tersebut merupakan shinigami yang bernama Gelus yang mati kerana memanjangkan usia Misa semasa Misa hampir mati dibunuh sebelum ini.


Dan, L berjaya mengandaikan Misa merupakan The Second KIRA. Oleh sebab L masih belum dapat mengetahui cara membunuh yang digunakan oleh kedua-dua KIRA, dia tidak dapat mendakwa Light dan Misa. Pada masa yang sama Light merancang sesuatu untuk membuktikan dia dan Misa bukannya KIRA. Memang otak bergeliga mamat ni, malangnya digunakan dengan cara yang salah.

Tamat sahaja rancangan Light, akhirnya L dan ahli-ahli kumpulan yang membantunya menyiasat kes KIRA termasuklah bapa Light mengetahui taktik yang digunakan oleh KIRA. Mereka berjaya menemui Death Note. Selepas menyentuh Death Note, mereka dapat melihat Ryuk dan Rem. Tetapi Light dan Misa tetap tidak dapat didakwa.

Malangnya! L mati :'( Sob3. Hana nangis tengok scene L mati, serius tak tipu. Dahlah masa tu baru aje L cakap Light tu kawan pertama dia, lepas tu dia mati pula. L mati kerana Light memperdaya Rem untuk membunuh L. Selepas itu, nama sebenar L didedahkan, iaitu L Lawliet. Watari turut mati. Sejak hari tu, Light menyamar sebagai L. Hanya kumpulan penyiasatan kes KIRA itu sahaja yang tahu Light menyamar sebagai L untuk mengelak dunia mengetahui mengenai berita kematian L.


Beberapa tahun kemudian, Near pula muncul. Near merupakan L's successor dan seorang detektif yang bijak seperti L. Near mula menyiasat kembali kes KIRA. Yang best plan yang Near gunakan untuk menangkap Light. Bijak betul perancangan strategi untuk anime ni x)


L Lawliet with his two successors, Mihael and Near (Nate River)

Panjang pula Hana membebel untuk review kali ni :P Death Note juga ada dalam versi filem. Death Note, Death Note : The Last Name dan Death Note : L, Change The World. Versi filem dan anime tak sama 100%. Plan yang digunakan untuk menangkap Light juga tidak sama, malah L masih hidup dalam ketiga-tiga filem.

Death Note merupakan anime yang amat wajib tengok kepada peminat anime. Plot untuk Death Note memang unexpected, memang tabik spring pada team yang menjayakan pembikinan Death Note dalam bentuk anime.

Till then.
Wassalam.

12 comments:

  1. comel r watak2 dia... best gaxx!! :)) lama xbaca anime..

    ReplyDelete
  2. Tak payah tengok xpe. Tunggu Kak Hana review je, lepas tu baca. Dah faham plot cerita. hehehe

    ReplyDelete
  3. @Norhaizam Mustaffa haha.. mmg tabiat akak beri spoilers sbb terlalu excited x) hiks!

    ReplyDelete
  4. waaa! mmg best anime nie. .byk sgt yg misteri n teka teki. .hehe

    ReplyDelete
  5. death note mmg best..tapi kak Aya tak tgk lagi anime nya...baru tgk filem...best..

    ReplyDelete
  6. kalau anime ni biasa tengok naruto n detektif conan je..
    yang lain tak sempat nak layan

    ReplyDelete
  7. I've watched this! Totally best!
    Much much love from Alien,
    http://alienfromthepluto.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. dear.. ape lagi anime yang macam cerita tomoe, hero ensem cute.. yang eps die tak lama sangat.. bawah 20.. share sikit..hee

    ReplyDelete
  9. @Cik Yatt Vampire Knight boleh cari ramaiiii hero ensem cam Tomoe x) hehe.. yg len Hana cadangkan Maid Sama, Hakushaku to Yousei, Kimi Ni Todoke, Ouran High School, Tonari no Kaibutsu-kun.. ada yg lebih 20, tapi takat 25 episod mostly.. Hakushaku to Yousei pula 12 episod je.. sweet <3

    ReplyDelete
  10. ckj pun minat L hana! hehehe.. tu la dalam filem kalau tak silap L mati! huhu.. sedih..

    ckj suke tgk cara L tu pegang handphone.. hehehe..

    tak sempat lg ni tgk anime dia. huhu..

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News