Wednesday, May 22, 2013

465#Ai no Kotoba ~ [Anime Review] Kami-sama Hajimemashita


Sejak akhir-akhir ni banyak betul Hana buat anime review. He he :D Memang mood tengok anime aje sekarang. Kali ni nak review satu anime romantic comedy. Tapi ada unsur supernatural dan misteri juga. Anime ni dah lama dalam list wajib tengok, tapi baru aje dapat tengok :P


Momozono Nanami seorang gadis malang yang dihalau keluar dari apartmentnya selepas ayah Nanami melarikan diri kerana berhutang banyak. Masa dia duduk di sebuah taman sebab tak tahu nak pergi ke mana, dia telah menyelamatkan seorang lelaki yang takutkan anjing :P Lepas tu Nanami dan lelaki tu borak, sempatlah Nanami ceritakan kisah malang dia.

Kemudian, lelaki tu kata dia akan beri rumah lamanya kepada Nanami, rumah yang telah dia tinggalkan selama 20 tahun. Sampai aje kat alamat yang lelaki tu berikan, Nanami terkejut sebab rumah yang dimaksudkan tu rupa-rupanya kuil Jepun yang lama. Apa lagi, anginlah dia sebab kena tipu!


Baru aje Nanami nak balik, dia dengar ada suara orang. Dalam kuil itu ada tiga orang, actually bukan orang pun :P Ada fox youkai (youkai = makhluk jahat yang ada spiritual power) dan dua spirits kuil tu. Rupa-rupanya lelaki yang beri rumah kepada Nanami tu namanya Mikage, tuan punya kuil tersebut. Fox youkai tu Tomoe dan dua spirits tu Onikiri dan Kotetsu.

Mikage pilih Nanami sebagai tuan punya kuil dan tiga ekor makhluk tu serta sebagai land god yang baru. Awal-awal memang Tomoe marah sebab dia tak terima Nanami, tapi Onikiri dan Kotetsu dengan senang hatinya terima :P In the end of episode one, terpaksalah Tomoe terima juga Nanami lepas mereka sealed a contract.

Sepanjang progress anime ni, Nanami kena berlatih sebagai land god yang baru. Walaupun Tomoe terpaksa terima Nanami tapi setiap kali Nanami diserang atau diculik, Tomoe sentiasa cari jalan untuk selamatkan Nanami. And Nanami jatuh cinta dengan Tomoe. Awal-awal lagi Tomoe reject Nanami sebab love between a human and a youkai is a taboo. Tapi, Nanami tetap dengan perasaan dia pada Tomoe.


Ada dua lagi youkai sebagai watak utama; Kurama Shinjirou the tengu youkai (tengu = crow goblin) yang dah lama hidup dalam dunia manusia dan merupakan penyanyi yang terkenal; dan Mizuki seekor ular putih yang merupakan penjaga Yonomori shrine. Tengok Tomoe, Kurama dan Mizuki bertekak memang rasa nak lempang aje. Ha ha :D Macam budak-budak. Nama lagi genre romantic comedy kan?


Anime ni 13 episod aje, tapi manga masih on going. Manga lebih detail daripada anime tapi puas hatilah tengok anime aje pun. Apa lagi ujian yang Nanami lalui untuk jadi the land god yang diterima oleh Tomoe? Macam mana dengan perasaan Nanami yang ditolak oleh Tomoe? Well, you should watch it kepada anime lovers yang tak tengok lagi :P

Till then.
Wassalam.

10 comments:

  1. X tengok lagi. Nak tengok kat mane ? Download ke ? hehe. x tahu pula. :)

    ReplyDelete
  2. deno pun suka anime :) tapi jarang tengok sbb anak buat jadi ketua pegang remote.. hehe

    ReplyDelete
  3. oh gosh.. macam best je.. yatt suka anime.. kat mana nak tengok ni?? gitau2....pewlez

    ReplyDelete
  4. @Cik Yatt biasa Hana tengok kat sini :) http://www.animeultima.tv/watch-anime/

    ReplyDelete
  5. rajinnya tengok anime..huhu..kita kurang sikit.. pernah tak tgk anime tak ingat la tajuknya apa.. watak utama ada vanilla dan coklat..

    ReplyDelete
  6. menarik jalan ceritanya.. anak saudara akak suka tengok anime ni..

    ReplyDelete
  7. hu3 mnarik jugak :) kreatif la orang jepun punya idea..ada masa plak eh awk tgok anime ni, xtido mlam ke?? hu3..sy pnh tgok anime smpai xtdo..best sgt layan heeeeee..

    ReplyDelete
  8. Woahhhh nak tengok!!!
    Much love from the Pluto, http://alienfromthepluto.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Woahhhh nak tengok!!!
    Much love from the Pluto, http://alienfromthepluto.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. Hana minat ye anime..?? Dah mcm hubby akk tau...dia mmg minat sgt tgk katun anime....

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News