Monday, May 20, 2013

459#Ai no Kotoba ~ Calvin Thoo Peluk Islam


Masa buka FB pagi tadi, nampak di News Feed berita mengenai Calvin Thoo sudah sah bergelar Muslim. Terkejut juga, betul atau tidak? Cari punya cari, akhirnya jumpa juga link mengenai pengislaman Calvin Thoo :)


Calvin Khoo adalah seorang pereka fesyen terkemuka di Malaysia, beliau sudah di dalam industri lebih 17 tahun malah mempunyai label jenama sendiri. Sentiasa menjadi pereka fesyen untuk artis dalam program-program besar seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL dan sebagainya.

Jam 3 petang semalam beliau telah mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan Ustaz Dato' Ismail Kamus, Dato' Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ust. Solihin Mokhyi. Sahabat saya A Razak Muthalib turut menjemput saya tetapi tidak berkesempatan. 

Calvin Thoo menyatakan beliau memilih Islam kerana bermimpi mengucap dua khalimah syahadah. Subhanallah. :)

Sumber penuh : SINI


Alhamdulillah, bertambah lagi umat Islam di muka bumi ini :) Apa yang penting, beliau sudah kembali kepada fitrah yang sudah ditetapkan sejak azali lagi oleh Allah SWT. Harapnya selepas ini, Calvin Thoo akan bersungguh-sungguh mendalami Islam dan berusaha untuk mereka pakaian Muslimah yang benar-benar mengikut syariat.

Penting juga untuk orang-orang di sekeliling menolong beliau dan para mualaf lain dalam hal yang melibatkan agama Islam. Mereka masih baru mendalami Islam, tugas mengajar dan membawa mereka untuk semakin mendekati Allah SWT wajib dilaksanakan oleh kita.

Apa yang Hana selalu dengar, ada sesetengah para mualaf murtad kembali atau berada dalam kesusahan selama beberapa tahun disebabkan sikap sesetengah umat Islam yang malas menolong mereka. Ada dalam kisah benar yang diceritakan oleh para ilmuan dan bijaksana Islam mengenai perkara ini.

Kepada Calvin Thoo, selamat kembali kepada fitrah :) May Allah bless you and your journey.

Till then.
Wassalam.

9 comments:

  1. yeay..alhamdulillah.. :)
    ada saudara baru lagi..hehe..
    inshaaAllah kalau dia dikelilingi supporter mesti dia kekal di landasan betul..doakan dia terus hidup hinga akhir nafas pada Islam.. ^^

    ReplyDelete
  2. ALhamdulillah....
    Akak ada baca pasal ni semalam..... =D

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan mualaf baru kita ini :) amin..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah. makin bertambah umat Islam :)

    ReplyDelete
  5. yeayyy Alhamdulillah, suka je dgr citer2 mcm ni

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Walaupun tak kenal sangat dengan dia ni, tapi macam bagus. Pereka fesyen. Awesome :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, bertambah lagi umat Nabi Muhammad SAW :)

    ReplyDelete
  8. alhamdullilah.bertambah saudara baru.

    moge dia dapat mengamalkan ajaran islam sepenuhnya

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah. .byk gk blogger post psl nie. . :)

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News