Friday, November 2, 2012

345#Ai no Kotoba ~ Bertolak Balik



Tup tup!

Cuti Sem 1 selama 5 minggu dah nak habis. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Masa mula-mula cuti hari tu, punyalah fikir bilalah nak balik kolej ni. Bukannya apa. Bosan. Tak tahu nak buat apa kat rumah. Last-last, banyak masa Hana habis dengan baca manga, tengok anime dan tengok Jdorama. Tadi pulak habiskan Arang & The Magistrate (^_^)

Hana balik kolej awal sehari. Sepatutnya balik esok, tapi sebab tak nak penat kalau sampai petang esok, Hana akan pergi malam ni. Bas pukul 9:30 PM. Lepas Isyak ni akan terus ke Tesco KB sebab naik kat terminal bas yang kat area tu.

Barang semua habis packing. Janganlah tertinggal satu pun yang penting. Dahlah semalam tidur dalam 3,4 jam aje. Bersekang mata betulkan slide Bio yang nak print untuk Sem 2. Ubah font, gambar, warna yang patut. 

Pukul 3 pagi baru siap. Pukul 7 pulak dah berchenta depan laptop dan printer. Hampir sejam nak siapkan print baki handout yang tak print lagi tu. Nak penuh satu cover kertas A4 yang boleh muatkan hampir 500 kertas tu. Huhu.

Harap-harap perjalanan balik kolej ni selamat. Insya-Allah ^^

Till then.
Wassalam.

2 comments:

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News