Saturday, October 27, 2012

340#Ai no Kotoba ~ Aidiladha Tahun Ini

Finding Nemo Is Back!


Tak update blog sejak semalam. Nak kata sibuk layan tetamu datang beraya. Tak. Nak kata pergi tengok pak cik-pak cik-atuk-atuk sembelih lembu korban. Tak. Nak kata pergi tolong angkat parang kapak segala bagai untuk pak cik-pak cik-atuk-atuk yang sembelih lembu korban. Tak. Mana tak nya jawapan memanjang kalau mood raya tak ada?

Lepas abah balik dari solat sunat Aidiladha kat masjid, terus pergi rumah tok wan. Tradisi tak kiralah raya apa. Nenek belah abah. Cuma Hana, Neesa dan Haikal aje yang ikut. Mama tak ikut sebab jaga Imi sakit kat rumah. Syikin pun duduk rumah.

Talking about Imi, sepanjang minggu ni sakit aje memanjang. Awal minggu ni, dia muntah-muntah nak pengsan, pergi check dengan doktor kat klinik, doktor syak appendiks. Lepas balik daripada rumah tok wan dan rumah mak sedara, abah kata nak bawa Imi pergi hospital sebab nampak teruk sangat. Adik beradik lain tinggal rumah. Mama dan abah aje pergi. Barang-barang semua packing sekali.

Alhamdulillah tak. Kat hospital doktor scan sekali lagi. Rupa-rupanya jangkitan kuman. Imi kurang minum air kosong. Mama memang harap bukan appendiks sebab tak nak Imi kena operate. Alhamdulillah :)

Sepanjang dua hari ni Hana dok layan manga aje. Faster Than A Kiss, Love So Life, Fall in Love Like a Comic dan sekarang tengah baca Sora Log. Nampak cam best aje. Lepas ni nak review manga ni semua :) Rasa cam nak buat entri banyakkkk hari ni sebab nak review manga tu ^_^ Hee~

Till then.
Wassalam.

Acer Windows 8 Bonanza!
Nescafe On The Life!
HiShop Lollipops!


2 comments:

  1. zera punya raya, biasa2 je wak. :)

    selamat malam owner blog comel! :D

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut hari raya aidiladha :)
    *belum terlambat lagi nak wish kan?

    ReplyDelete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News